Salam rakan pembaca,
Blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini dengan kekerapan yang tinggi kerana saya sibuk dengan pekerjaan baru saya.
Harap maklum......
Baca seterusnya
Salam rakan pembaca,
Blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini dengan kekerapan yang tinggi kerana saya sibuk dengan pekerjaan baru saya.
Harap maklum......
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 8 Jun 2008, saya bersama rakan-rakan telah mengadakan perlawanan bola sepak sesama sendiri yang disertai oleh Encik Mazri sekeluarga. Ir Mazri merupakan seorang jurutera dari Malaysia yang bekerja di Edmonton, Alberta, Kanada. Beliau tiba di Edmonton sekitar bulan Januari 2007 dan bercadang untuk bermastautin secara tetap di Edmonton. Namun begitu, disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau akan berpindah semula ke Malaysia. Saya agak terkejut apabila mendengar dari mulut beliau tentang hasratnya untuk bekerja kembali di Malaysia.
Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Rupa-rupanya saya sudah meninggalkan bumi Malaysia hampir setahun. Ini juga bermakna hampir setahun saya tidak bersua muka dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sewaktu belajar di Sek. Men. Sains Alam Shah, saya hanya berjauhan dengan keluarga untuk tempoh maksimum selama 3 bulan sahaja.. Syukur alhamdullilah rintangan ini dapat dihadapi dengan mudah berkat ketabahan hati dan sokongan ahli keluarga....
Bola Sepak.
Sebenarnya perlawanan bola sepak yang dimaksudkan oleh saya sebentar tadi bukannya bertaraf liga mahupun kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai ribuan ringgit tetapi ianya berbentuk riadah di waktu lapang. Selalunya, pada hari Sabtu atau Ahad (bergantung kepada kelapangan), saya dan rakan-rakan akan bermain bola sepak di sebuah taman awam berdekatan dengan rumah kami. Pada hari sabtu lalu, barisan pemain bola telah bertambah dengan kehadiran Encik Mazri sekeluarga. Sebaik sahaja Encik Mazri tiba di taman berkenaan, kami telah membuat pembahagian kumpulan pemain bola sepak.
Pasukan A
a) Saya
b) Encik Mazri
c) Ali Ashraf
d) Muhammad (Anak sulung Encik Mazri yang juga adik angkat Shakir)
Pasukan B
a) Muhaymin
b) Pko Rahman
c) Razly
d) Imran (Anak kedua Encik Mazri)
Pemain Pengacau
Huzaifah ( Anak ketiga Encik Mazri)
Pemerhati
Isteri Encik Mazri dan anak-anak kecilnya.
Memandangkan ruang untuk beraksi agak terhad dan bilangan pemain yang kecil, kami membuat keputusan untuk menjadikan batang pokok sebagai gol. Dalam erti kata lain, seseorang pemain perlu menyepak bola hingga mengenai batang pokok tersebut untuk mendapat jaringan gol. Disebabkan ketiadaan pengadil dan penjaga garisan, maka peraturan bola sepak seperti "offside" tidak diguna pakai.
Setelah bermain selama 5 minit, kami berhenti seketika atas permintaan Encik Mazri untuk meneguk air kosong. Setelah berehat selama 1 minit, aksi serang menyerang yang sengit berlaku antara kedua-dua pihak. Pada ketika itu, pasukan B telah menjaringkan 2 gol melalui penyerang sensasi mereka iaitu Pko Rahman dan Muhaymin. Namun begitu, pasukan B tidak berputus asa untuk mencari sebutir gol sebagai pembakar semangat. Akhirnya, Encik Mazri menjaringkan gol untuk pasukan B melalui umpanan oleh Ali Ashraf.
Setelah agak keletihan, kami pun mengambil rehat seketika sebelum melakukan pertukaran bahagian gol. Separuh masa kedua telah digunakan sebaik mungkin oleh pasukan A untuk mencari gol penyamaan. Namun begitu, kesilapan Muhammad meninggalkan gol telah menghadiahkan gol ketiga kepada Pasukan B. Kealpaan oleh pasukan B ketika meraikan gol ketiga telah digunakan oleh saya sendiri untuk menjaringkan gol yang kedua.
Ali telah mengatur taktik serangan baru untuk mengikat pasukan B iaitu dengan bertahan di gol dan melakukan serangan mengejut keatas gol lawan. Hasil taktik tersebut, Ali dengan bangganya telah menjaringkan gol penyamaan. Pasukan B juga telah menggunakan taktik yang sama setelah menyedari taktik serang habis-habisan untuk sebatang pokok hanya melemahkan pertahanan mereka secara tidak langsung. Selang beberapa minit, Pko telah menjaringkan gol keempat untuk Pasukan B namun kegembiraan itu tidak berpanjangan setelah Pasukan A berjaya mengikat kedudukan gol 4-4.
Setelah kedua-dua pasukan terikat pada kedudukann 4-4 untuk tempoh yang agak lama, kami semua bersetuju untuk bermain bagi mendapatkan gol penentu perlawanan. Setelah berasak-asak untuk mencari sebutir gol, Encik Mazri telah merembat bola tepat mengenai batang pokok milik pasukan B. Sebelum itu, Encik Mazri terpaksa menjatuhkan anaknya sendiri iaitu Huzaifah yang bertindak sebagai "pemain hantu" dalam perlawanan. Beliau digelar sedemikian kerana beliau bukan salah seorang pemain dalam perlawan tetapi tindakannya memeluk batang pokok pasukan B menyukarkan penyerang pasukan A merembat gol.
Dengan rembatan gol tersebut, pasukan A telah memenangi perlawanan agresif tetapi harmoni itu. Tahniah Pasukan A. Cuba lagi Pasukan B....
Sebaik sahaja tamat perlawanan, kami menjamah makanan ringan yang dibawa oleh isteri Encik Mazri. Inilah kelebihannya apabila bermain dengan orang yang bekeluarga. Mungkin komuniti kami tidak sebesar komuniti di Malaysia, namun ikatan kami disini amat kukuh. Walaupun penat bermain untuk tempoh yang agak panjang, tetapi kami semua bersyukur kerana tiada perkara buruk yang terjadi sepanjang aktiviti riadah terbabit.
Encik Mazri dan anak-anaknya..
Aksi lipat penyerang pasukan B, Pko Rahman
Pasukan A sedang merancang taktik serangan
Aksi berirama.
Ali diasak hebat oleh Razly
Riadah..."Goodbye Winter!!!!"
Saya masih ingat ucapan ini yang diungkapkan oleh pensyarah kejuruteraan komputer, Encik Paul Iglinski. Beliau kelihatan amat gembira kerana musim sejuk yang melampau di Edmonton sudah berakhir dengan kedatangan Musim Bunga dan Musim Panas.
Buat pengetahuan semua, musim sejuk di Kanada agak panjang berbanding dengan negara lain kerana kedudukannya yang hampir dengan kutub utara. Secara umumnya, musim sejuk di Kanada lebih panjang tempohnya berbanding tiga musim yang lain (Bunga,Panas, Luruh). Oleh kerana musim sejuk di sini agak panjang, penduduk disini akan melepaskan ketagihan mereka terhadap cahaya matahari dengan berjemur di bawah terik matahari.
Musim Sejuk.
a) Jika tidak salah saya, salji mula turun di Edmonton dalam bulan November 2007. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan amat gembira kerana dapat bermain salji semulajadi buat kali pertama. Untuk tempoh seminggu, saya amat terhibur apabila dapat bermain dengan salji yang turun ketika menunggu bas untuk ke University of Alberta. Mangsa balingan bola salji saya pada ketika itu ialah Ali dan Muhaymin.
b) Setelah beberapa minggu, saya mula bosan dengan salji yang turun kerana apabila salji tersebut cair, pemandangannya tidak ubah seperti kubang yang menjadi tempat lepak kerbau-kerbau.
c) Ketika musim sejuk, saya mengalami masalah yang membuatkan saya rimas iaitu kulit terlampau kering dan mengelupas. Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa memakai pelembap muka (OLAY) hampir sepanjang masa. Keadaan ini agak menyulitkan saya kerana jika saya terlupa untuk memakainya kulit muka saya akan terasa pedih yang amat sangat. Tidak cukup dengan itu kulit tangan dan kaki saya juga mengalami masalah seperti kulit muka saya. Disebabkan tidak sanggup melihat kulit saya rosak, saya terpaksa memanjakan kulit saya dengan losyen hampir setiap masa. Syukur alhamdullilah, kesemua masalah ini dapat diatasi. Tambahan, musim sejuk juga menyebabkan banyak bulu kaki saya tercabut.....
d) Bulan Disember dan Januari merupakan kemuncak musim sejuk di Edmonton. Masih saya ingat kenangan merempuh salji untuk ke kelas pada suha serendah -35 darjah celcius. Suhu yang rendah ini diburukkan lagi dengan tiupan angin tundra "windstorm" yang kuat hampir setiap hari. Angin ini menyebabkan suhu menjadi serendah -48 darjah celcius. Saya masih ingat pada ketika ini, saya terpaksa memakai beberapa lapis pakaian dan topeng muka.
e) Malam yang panjang ketika musim sejuk merupakan pengalaman yang sukar ketika musim sejuk. Ketika musim sejuk, matahari terbenam sekitar jam 4 petang manakala matahari terbit sekitar jam 8-9 pagi.
f) Saya masih ingat kenangan bermain luncur salji di sebuah bukit berhampiran Fort Edmonton Park. Ketika orang lain meluncur salji menggunakan alat yang bersesuaian, kami hanya menggunakan plastik guni beras. Namun setelah itu, kami pun membeli alat yang bersesuaian untuk meluncur.
g) "Snowboarding" di Snow Valley masih kekal dalam ingatan saya kerana ia merupakan kenangan pertama memijak "snowboard" dan meluncur laju ketika menuruni cerun di Snow Valley. Saya bercadang untuk membeli "Snowboard" pada musim sejuk yang akan datang dan berminat untuk mengikuti saudara sulaiman ke Vancouver bagi melawat tapak "snowboarding" yang terkenal iaitu Whistler.
h) Kesimpulannya, saya merindui sinaran terik matahari ketika musim sejuk..... Namun, kenangan di musim sejuk adalah pengalaman yang bermakna buat saya di perantauan.

Syukur alhamdullilah,
Setelah menghabiskan masa yang agak panjang, saya berjaya menghabiskan esei terakhir bagi kelas bahasa inggeris pada semester pendek ini.
~~p/s:
a) nak bersiap untuk ke kelas "Calculus".
b) Kepada pensyarah ku "Cik Carmen Ellison", tolong beri saya markah 27/30 untuk esei ini.
Ketika blog ini ditulis:
a) Saya baru bangun tidur pada jam 10.30 am ( insaflah akmal.)
b) Saya masih belum melengkapkan esei terakhir saya yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Esei saya yang bertajuk "Orang Asli dan Hak-Haknya" masih kekurangan 200 patah perkataan. (Untuk rekod, esei ditulis dalam bahasa inggeris bukannya bahasa melayu)
c) Saya masih belum mandi kerana seorang insan masih berada dalam bilik air untuk tempoh masa yang panjang.
d) Saya masih memikirkan tentang material yang perlu disemak untuk kuiz Matematik yang terakhir.
e) Terdapat 3 post untuk blog ini yang masih belum dilengkapkan kerana kesuntukan masa. Kepada saudara suhaib, selepas hari khamis ini, insya allah saya akan mengemaskini blog ini.
f) Pade ketika ini juga, Shakir sedang melayan cerita "Ezora " di laman web TV 3. Saya yakin rakan saya ini sudah jatuh cinta dengan watak "KARINA"(Shakir - Karina, sangat padan).
Nota:
a) saya terpaksa mengundur diri kerana perlu menyiapkan esei.
b) Jangan mandi lama-lama. Kalau hendak mandi lama-lama, sila hadir ke bilik air pada waktu tengah malam.
c)Saya agak terkejut dengan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia pada ketika ini. Saya ingat kenaikan hanya akan berlaku pada bulan Ogos 2008. Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kenaikan harga ini(Kepada saudara A, saya bukan takut hendak berdebat/berbincang/memberi pendapat tetapi saya mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.Kerana kalau bercakap kena ada kajian yang mendalam dan bukti yang kukuh. Jangan asyik berharap kepada media kerajaan mahupun media pembangkang sahaja. Minta maaf.)
~~TyRoX~~
Syukur ke hadrat illahi kerana saya berkesempatan menikmati salah satu keunikan bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada jam 10.00 pagi.
Keunikan yang dimaksudkan oleh saya itu adalah "The Great Divide Waterfall"
The Great Divide Waterfall

Ini jalan yang bakal diredah oleh basikal saya
Macam "car wash"
Sebelum meredah air terjun buatan manusia
Pemandangan dari seberang sungai
Pemandangan dari taman "Legislature Hall"
Rambut sudah pendek.